.

Warga Long Luping dikejutkan kebocoran saluran SSGP

LAWAS: Bunyi kuat berikutan kebocoran saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP) mengejutkan penduduk Long Luping dekat sini pagi semalam.
Insiden jam 1.45 pagi itu menyebabkan penduduk cemas dan panik, malah ada yang keluar rumah untuk mengetahui punca bunyi yang kuat itu.
Menurut Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim yang bergegas ke lokasi kejadian semalam, kebocoran paip SSGP berlaku jauh dari penempatan penduduk Long Luping dan Meringau.

“Tiada letupan berlaku dan insiden kemalangan jiwa dilaporkan.
“Kejadian hanya melibatkan kebocoran paip SSGP yang mengeluarkan bunyi yang kuat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Hussaini berkata, pihak Petronas yang menyedari insiden itu segera menutup lima injap paip gas berkenaan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Zaki Husin memberitahu anggotanya sedang bergerak ke lokasi kejadian bersama Pegawai Daerah Lawas.
Maklumat diterima jam 2.20 pagi semalam daripada pekerja Samling Merarap, ujar beliau sambil menjelaskan lokasi kebocoran gas berkenaan jauh dari penempatan.
“Pihak Petronas telah mematikan lima injap paip yang bocor,” katanya lagi.
Sementara itu, Petronas melalui Perhubungan Media Petronas Sabah dan Pejabat Wilayah Labuan semalam mengesahkan kebocoran gas berlaku jam 1.45 pagi semalam di Long Luping.

Pasukan Respons Kecemasan digerakkan dan meletakkan keadaan di bawah kawalan sebelum memaklumkan semua pihak berkuasa berkaitan.
“Tiada kesan kepada masyarakat sekitar dan persekitaran.
“Siasatan masih dijalankan mengenai insiden terbabit,” menurut kenyataan itu.
Insiden terbaharu merupakan yang kedua selepas kejadian sama pada 10 Jun, 2014.


Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak)»
2018-01-11
Share on Google Plus

About 2win

0 comments:

Post a Comment