Ia menangani masalah bekalan air tercemar di Skim Penempatan Semula Sungai Asap sejak 17 tahun lalu
Oleh Mastura Ismail //
![]() |
| MANFAATKAN SEPENUHNYA: Awang Tengah menyerahkan sumbangan kepada salah seorang imam masjid sambil disaksikan Hasbi (tiga kiri), Dr Rahman (dua kanan) dan Paulus (kanan) semalam. |
Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata sistem air graviti yang diguna pakai penduduk sebelum ini tidak sesuai kerana tidak mampu menampung kapasiti penduduk di kawasan terjejas.
Jelasnya kerajaan sudah mengenal pasti pendekatan terkini dengan teknologi baharu (RBF) bagi menangani masalah bekalan air yang dikatakan tercemar dan tidak sesuai untuk dijadikan sumber air.
“Melalui sistem RBF ini, air akan dipam dari bawah tanah dan sistem ini berjalan dengan baik.
Apa yang penting kita perlukan pembaikan semua sistem bermula daripada pelan, loji dan saluran air,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media bagi mengulas mengenai masalah bekalan air tercemar yang membelenggu lebih 10,000 penduduk di Skim Penempatan Semula Sungai Asap Sibu seperti yang dilaporkan akhbar tempatan kelmarin.
Beliau ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Raya anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Limbang (LAKIL) dan Tabung Baitulmal Sarawak di Masjid Bahagian Limbang semalam.
Turut hadir Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, ADUN Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Limbang Maria Hasman dan kenamaan lain.
Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian menjelaskan lagi, projek RBF sudah dilulus kerajaan dan kontrak sudah diberikan kepada sebuah syarikat untuk melaksanakan semua sistem bagi bekalan air di Sungai Asap.
“Projek ini akan dimulakan pada tahun ini,” katanya tanpa mendedahkan jumlah peruntukan bagi tujuan tersebut.
Awang Tengah menjelaskan, buat sementara waktu, kerajaan mahu meletakkan beberapa kakitangan berkaitan di kawasan ber-kenaan supaya mereka mahir menjalankan sistem RBF.
“Kita tidak mahu berlaku kelalaian dalam membaik pulih tangki air yang bocor dan memasang paip sementara,”ujarnya.
Pada majlis itu, sebanyak 135 masjid dan surau di bahagian ini menerima sumbangan daripada Tabung Baitulmal Sarawak sebanyak RM135,000 membabitkan 78 surau dan masjid untuk daerah Limbang dan 57 masjid dan surau bagi daerah Lawas.
Manakala imam dan bilal bagi sembilan masjid me-nerima sumbangan RM9,700 manakala 51 masjid dan surau menerima sumbangan RM30,400 yang disumbangkan oleh LAKIL.

0 comments:
Post a Comment