Diterbitkan 20 Mei 2018, 12:20 tengah hari | Dikemaskini 20 Mei 2018, 12:23 tengah hari
Tidak seperti anggapan sesetengah pemimpin BN Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengakui mereka kalah kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) baru-baru ini bukan kerana isu persepsi, tetapi realiti.
Kata anggota parlimen pembangkang dari Rembau itu BN "bodoh" kerana menafikan hakikat itu.
Katanya BN menafikan isu 1MDB - yang menjadi antara topik utama HARAPAN berkempen - serta skandal lain.
"Kita kata tak ada, sudah dijawab. Kita menipu diri sendiri sampai hari terakhir," katanya dalam temu bual disiarkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Sebelum itu Khairy ditanya sama ada kekalahan BN berpunca daripada kegagalan parti tersebut menguruskan persepsi.
Katanya BN tidak boleh lagi bercakap mengenai persepsi kerana sebelum muncul isu itu, mesti ada suatu realiti yang terjadi.
"Persepsi itu dibentuk oleh realiti. Realiti sudah ada. Cuma kita bodoh kerana menafikannya selama ini," katanya.
BN kecundang buat kali pertama dalam sejarah selepas gagal mendapat kerusi mencukupi di Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan melalui pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.
HARAPAN memperoleh 122 kerusi parlimen manakala BN hanya 79. Satu blok lagi yang diterajui PAS hanya mendapat 18 kerusi. Selebihnya adalah wakil bebas.
Di peringkat dewan undangan negeri (DUN) pula BN hanya berkuasa di Perlis dan Pahang, manakala PAS menguasai Kelantan dan Terengganu.
Penolakan besar-besaran itu sangat mengejutkan malah presiden MCA, MIC dan Gerakan - antara parti yang membentuk BN - juga kalah di kerusi masing-masing.
Sementara itu Khairy juga berkata Umno perlu melakukan perubahan besar-besaran untuk membolehkan ia kekal relevan kepada rakyat.
Katanya kekalahan mereka pada PRU lalu bukan sekadar kerana penolakan masyarakat kepada pemimpin malah terhadap parti itu sendiri.
Menurutnya Umno perlu mengakui mereka gagal membaca kehendak rakyat di sebalik amalan budaya feudal, hidup mewah, angkuh, sombong serta tidak berani bersuara terhadap pemimpin sehingga akhirnya parti melakukan kesilapan yang besar.
"Walak itu, walaklah, tetapi dalam keadaan kami semua tidak dapat membaca sentimen sebenar rakyat. Itu kita kena mengaku," katanya
Komen:
nak
buat mcm mana ... ketua pemuda cawangan tak pass SPM ... ketua puteri
cawangan bohsia ... ketua wanita cawangan SRP(LCE) ... ketua cawangan
pun sekadar SPM(MCE) .... nak berdepan dgn rakyat marhaen yg rata2
educated dah ... tapi dok ulang pita lama .... "ini semua fitnah
pembangkang" .... hujah ilmiah entah kemana ... skrng dah jadi
pembangkang .... apa lah sgt modal nak kelentong rakyat .... baru skrng
nak sedar diri sendiri bodoh ... so apa strategy lepas ni ??? ... nak
suruh semua ketua pemuda, ketua wanita, ketua cawangan peringkat akar
umbi ambik SPM lagi sekali ??? .... ni semua strategi UMNO juga kan ???
... korang sendiri yang semai kebodohan ini bertahun-tahun ... dan ini
lah hasil nya .... Bekas presiden pun pernah kata dia pilih kesetiaan
berbanding pendidikan ... klu tak Mat Basah Kuyup tak jadi MB lah
duluuuuu ....
Nada Samy ·
Dan
1 lagi, RASUAH HINGGA KE DUDUKAN SEKARANG. KJ, jangan risau...kepala
penyamun baru kena dan lepas itu akan ikut hakaki pangkat sehingga kat
kamu...DASAR PENYAMUN AKAN DI LENYAPKAN DI MUKA BUMI MALAYSIA. WAIT N
C..
Md Yusri Cop
Dgr crita mb kedah dlu SRP JEE. Malu laa.... MB tk cukop cerdik cuma setia dgn PM penipu perompàk negara.
Penghulu Umno kelulusan Darjah 6 (selalu ponteng sekolah masa jd pelajar sekolah) kt Cawangan2 di kampong pon boleh mintak TUKAR/PINDAH Pengetua Sekolah.




0 comments:
Post a Comment